share

Sunday, July 22, 2012

Bersahabat Sampai Ke SYURGA


Assalamualaikum,
Sebut pasal sahabat pasti semua manusia di dunia ini punyai sahabat. Mereka adalah insan yang sentiasa ada bersama dengan kita. Walau siapa pun kita, walau apa pun salah kita, sahabat itu akan sentiasa berhati lembut kerana dia tahu siapa kita dan bagaimana hubungan kita dengan dia "bersahabat sampai ke syurga".Mari kita renungkan :

1. Ikhlas dalam persahabatan
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Syura ayat 23 yang bermaksud: "Itulah yang Allah gembirakan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah: aku tidak meminta kepadamu upah untuk ajaran islam yang aku sampaikan itu, melainkan kasih mesra disebabkan pertalian kerabat. Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu yang baik, kami tambahkan kebaikan baginya kebaikan itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya.


2. Tidak bersangka buruk dalam persahabatan

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud "Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang; dan janganlah sentengah dari kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah kamu suka makan saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi maha mengasihani.

3. Saling menasihati dalam persahabatan
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa' ayat 114 yang bermaksud : "tidak ada kebaikan pada kebanyakkan bisikan-bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan atau mendamaikan diantara manusia. dan sesiapa yang berbuat demikian kerana mencari keradaan Allah, maka kami akan meberi pahala yang besar.

4. Sentiasa memaafkan dalam persahabatan
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa' ayat 148 yang bermaksud: " Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau sembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha pemaaf, lagi maha kuasa"

5. Menjaga suara dalam persahabatan
Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman ayat 19 yang bermaksud: "dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai".

6. Amal Makruf dalam persahabatan
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Taubah ayat 71 yang bermaksud: "Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat baik, dan melarang dari berbuat kejahatan; dan mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi maha bijaksana.


7. Jujur dalam persahabatan

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 119 yang bermaksud: "Allah berfirman: Inilah hari yang padanya orang yang benar mendapat manfaat daripada kebenaran mereka; mereka beroleh syurga-syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. itulah kejayaan yang amat besar.

Dalam mengigati diri sendiri agar tidak melakukan kesilapan lagi dalam setiap persahabat.insyaallah."Bersahabat sampai ke Syurga"


Sumber : dipetikan penuh daripada majalah GEN-Q
Sumber gambar :http://myibrah.com/susahnya-mencari-sahabat
http://adisuda.blogspot.com/2011/04/dulu-kau-bersama-kami-setiap-waktu-dan.html

2 comments:

sajida razak said...

mintak izin ambil gambar dari blog ni bleh ye,time kasih...=)

bUdakEciK said...

ok, same2..sy pun upload from other web.