share

Wednesday, February 15, 2012

A cup of tea


Salam semua, selamat petang. Mesti ada yang sedang membancuh teh sekarang ni. Ello peminat-peminat teh. Kalo dah suka tu pagi petang, siang malam teh je la ye mak jah..hehe.

Sebenarnya bagus minum teh ni, minum teh ni dapat mengelak kita daripada mendapat penyakit darah tinggi, penyakit jantung, merendahkan kandungan kolestrol dan menentang kanser.

Tetapi AWAS !!
Banyak perkara yang perlu kita ketahui sebelum menikmati teh yang sihat untuk kesihatan kita.

Perkara utama, jenis teh yang kita minum. Agak-agaknya apakah teh yang anda minum sekarang ni. Teh ni ada pelbagai jenis, antaranya teh hijau (green tea), orloong tea dan black tea. Terdapat juga white tea yang harganya agak mahal kerana kualati teh tersebut serta teh yang diambil dari pucuk tea yang muda dan megandungi kurang caffeine.

Kedua, cara pembuatan teh. Kadang-kadang kita hentam je kan nak buat teh ni,yang penting teh kita sedap. Untuk mendapat teh yang hebat dan berkhasiat, rendam teh jangan terlalu lama. Antara 2 atau 5 minit sudah cukup. Ini untuk mengelakkan pengurangan kandungan polyphenol atau antioxidant yang terdapat dalam teh tersebut.

Ok lah, serba sedikit kita kongsi tentang kebaikan teh ni, kalo kawan-kawan ada sebarang info ape kata kita kongsi sama-sama. ok jumpa lagi =)

No comments: