Assalamulaikum teman-teman, luar biasa hebat hari ini =)
Hari ini saya nak kongsi lagi tentang sambungan kepada BMI. Tapi kali ini saya nak kaitkan dengan BMI dan juga kalori. Tak ramai yang tahu berapakah kalori yang mereka perlukan sehari bagi menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh badan. Jom kita kongsi bersama.
Anda tahu apa itu BMR atau Basal Metabolic Rate ?
BMR adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengimbangi fungsi badan kita. Dengan BMR ni kita boleh ketahui berapakan kalori yang kita perlukan dalam sehari. Namun BMR setiap manusia bergantung kepada kehidupan seseorang. BMR seseorang berubah mengikut umur, berat, tinggi, jantina, diet dan juga exercise nyang dilakukan.
Cara Mengira BMR :
Wanita
BMR = 655+[9.6 x berat(kg)]+[1.8 x Tinggi(cm)]-[4.7 x Umur (tahun)]
Lelaki
BMR = 66+[13.7 x berat(kg)]+[5 x Tinggi(cm)]-[6.8 x Umur (tahun)]
Daripada BMR ini kita perlu kaikan dengan kehidupan atau aktiviti harian kita dengan berpandukan Harris Benedict Formula. Anda boleh rujuk seperti di bawah.
Faktor:
1. Sendentary (sikit @ tiada senaman ): kiraan kalori = BMR x 1.2
2. Light (senaman ringan/sukan 1-3 kali sehari/seminggu): kalori = BMR x 1.375
3. Moderately active(senaman yg sederhana 3-5 hari/minggu) ckalori = BMR x 1.55
4. Very Active (kuat senaman/sukan 6-7 hari/minggu) kalori= BMR x 1.725
5. Extra active (sangat kuat senaman/sukan dan sangat aktif) kalori = BMR x 1.9
Contoh :
Nama: Husin
Umur : 23 tahun
Berat : 51kg
Tinggi : 160cm
Gaya hidup : Bersukan 3 kali seminggu.
Lelaki
BMR = 66+[13.7 x 51(kg)]+[5 x 160(cm)]-[6.8 x 23(tahun)]
= 1408.7
kiraan kalori = 1408 x 1.55
= 2183.49
Anda boleh kira kalori yang anda perlukan setiap hari. Sekadar perkongsian. Jika ada salah silap. Harap dapat dkongsikan bersama. k jumpa lagi di post yang lain =)
No comments:
Post a Comment