share

Monday, July 23, 2012

kita tension perut stress


Fungsi sistem penghadaman kita adalah untuk memecahkan makanan melalui proses fizikal dan kimia yang kompleks supaya ia makanan boleh diserap ke dalam aliran darah sebagai nutrien dan digunakan untuk menjana tenaga. Sistem pencernaan kita semua termasuklah mulut dengan kelenjar air liur, esofagus, perut, hati, pundi hempedu, pankreas, dan usus kecil dan besar termasuk kolon.

Proses pencernaan mudah dipengaruhi oleh keadaan emosi kita, dalam tekanan tertentu, dan juga disebabkan oleh kelajuan kita makan, diet kita, kualiti makanan yang kita ambil dan persekitaran kimia sistem pencernaan kita.

Tekanan pencernaan atau DIGESTIVE STRESS adalah istilah yang selalu digunakan. Bila lebih tinggi tahap tekanan atau stress kita, sistem penghadaman akan menjadi lebih berasid, dan menyebabkan kurang cekap badan kita dapat memecahkan makanan dan menyerap nutrien. Kita sering mengambil makanan berkualiti rendah, yang mudah dan cepat serta lebih cenderung kepada makanan yang diproses, terutama apabila kita tertekan dan sibuk atau nak cepat, dan kadang-kadang kita makan dengan cepat dan dalam keadaan yang kelang kabut. Maka hasilnya, kuantiti nutrien yang baik dan bernilai tinggi yang masuk ke dalam aliran darah untuk menjana sel-sel berkurangan. Ini akan menambah tekanan dalam badan dan menyebabkan kurang tenaga dihasilkan. Oleh itu badan kita pun tidak dapat berfungsi dengan baik.


rujukan : how different body systems work, fitness for life manual, Matt Roberts, 2002.
Gambar :
1.http://valerietonnerhealthcoach.blogspot.com/2010/10/nutrition-importance-of-digestive.html
2.

Juga Ikatan Hati


Assalamualaikum,
jumpa lagi kita hari ini bercerita tentang ikatan silaturahim. Berikut adalah perkara-perkara yang boleh menguatkan ukhwah islamiah berdasarkan panduan Rasullulah:

1. Memberitahu kepada sahabat bahawa tujuan ikatan persahabatan adalah kerana Allah:
Anas bin Malik r.a.meriwayatkan, "Ada seorang lelaki berada disamping Nabi s.a.w. lalu salah seorang sahabat lalu dihadapannya. Lalu dia berkata. "Ya Rasullulah! Aku suka kepada lelaki itu." Nabi s.a.w. bertanya kepadanya, "Adakah kamu telah memberitahu kepadanya?" Dia menjawab "Tidak." Kemudian Rasulullah bersabda,"Beritahu kepadanya." Lantas lelaki tersebut bertemu dengan sahabatnya seraya berkata, "sesungguhnya aku menyukaimu kerana Allah." kemudian sahabatnya menjawab,"semoga Allah mencitaimu kerana engkau mencintaiku kerana-Nya." (Riwayat Abu Daud).

2. Saling mendoakan sahabat tanpa pengetahuannya:
Abu ad-Darda' r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasullulah s.a.w bersabda,"sesiapa yang mendoakan saudaranya ketika ketiadaannya, maka malaikat yang menjadi wakil untuknya akan berkata. "Amin! Engkau juga wahai yang berdoa mendapat seperti apa yang didoakan."(Riwayat Muslim).

3. Menunjukkan kegembiraan dan senyuman apabila berjumpa:

Abu Zar al-Ghafari r.a. meriwayatkan, Nabi s.a.w. telah bersabda kepadaku. "Janganlah engkau meremehkan kebaikan, walaupun kamu berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang manis." (Riwayat Muslim).

4. Berjabat Tangan Apabila Berjumpa
Al-Bara' Bin 'Azib r.a. meriwayatkan, Rasullulah s.a.w. bersabda, "Tidaklah dua orang muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan kedua-duanya diampuni dosanya sebelum berpisah." (Riwayat Abu Daud).

5. Mengetahui nama ahli keluarganya.
Yazid bin Nu'amah adh-Dhabbi r.a. meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang lelaki menjadikan seorang lelaki sahabatnya, maka hendaklah bertanya tentang namanya, nama ayahnya dan siapakah dia. sesungguhnya ia (perbuatan tersebut) lebih mengeratkan kasih sayang." (Riwayat at-Termizi).

6. Memberikan hadiah pada waktu-waktu tertentu.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasullulah s.a.w bersabda, "Berikanlah hadiah nescaya kamu akan bertambah kasih sayang." (Riwayat al-Baihaqi)

Sekadar berkongsi dan mengigati diri ini juga. Hubungan silaturahim yang utuh mampu mampu memberikan kebaikan yang berpanjangan. Dan janganlah kita bersangka buruk terhadap sahabat kita malah bantu dan sama memperbetulkan kesalah masing-masing. Marilah kita bersama belajar daripada kesilapan dahulu =)

Sumber : Dipetik penuh daripada majalah GEN-Q (memberikan informasi terbaik untuk kita)

Sunday, July 22, 2012

Bersahabat Sampai Ke SYURGA


Assalamualaikum,
Sebut pasal sahabat pasti semua manusia di dunia ini punyai sahabat. Mereka adalah insan yang sentiasa ada bersama dengan kita. Walau siapa pun kita, walau apa pun salah kita, sahabat itu akan sentiasa berhati lembut kerana dia tahu siapa kita dan bagaimana hubungan kita dengan dia "bersahabat sampai ke syurga".Mari kita renungkan :

1. Ikhlas dalam persahabatan
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Syura ayat 23 yang bermaksud: "Itulah yang Allah gembirakan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah: aku tidak meminta kepadamu upah untuk ajaran islam yang aku sampaikan itu, melainkan kasih mesra disebabkan pertalian kerabat. Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu yang baik, kami tambahkan kebaikan baginya kebaikan itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya.


2. Tidak bersangka buruk dalam persahabatan

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud "Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang; dan janganlah sentengah dari kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah kamu suka makan saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi maha mengasihani.

3. Saling menasihati dalam persahabatan
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa' ayat 114 yang bermaksud : "tidak ada kebaikan pada kebanyakkan bisikan-bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan atau mendamaikan diantara manusia. dan sesiapa yang berbuat demikian kerana mencari keradaan Allah, maka kami akan meberi pahala yang besar.

4. Sentiasa memaafkan dalam persahabatan
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa' ayat 148 yang bermaksud: " Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau sembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha pemaaf, lagi maha kuasa"

5. Menjaga suara dalam persahabatan
Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman ayat 19 yang bermaksud: "dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai".

6. Amal Makruf dalam persahabatan
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Taubah ayat 71 yang bermaksud: "Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat baik, dan melarang dari berbuat kejahatan; dan mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi maha bijaksana.


7. Jujur dalam persahabatan

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 119 yang bermaksud: "Allah berfirman: Inilah hari yang padanya orang yang benar mendapat manfaat daripada kebenaran mereka; mereka beroleh syurga-syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. itulah kejayaan yang amat besar.

Dalam mengigati diri sendiri agar tidak melakukan kesilapan lagi dalam setiap persahabat.insyaallah."Bersahabat sampai ke Syurga"


Sumber : dipetikan penuh daripada majalah GEN-Q
Sumber gambar :http://myibrah.com/susahnya-mencari-sahabat
http://adisuda.blogspot.com/2011/04/dulu-kau-bersama-kami-setiap-waktu-dan.html