share

Tuesday, September 30, 2014

Blueberry Cheese Tart

Salam semua,

Blueberry Cheese Tart !!!

Selamat petang, nak share resepi blueberry cheese tart hari ni. Resepi ni buat waktu cuti hari ahad hari tu. Memuhi masa lapang duduk di rumah bujang.

Mudah, senang dan sedap sangat. Di sini kita kongsi resepi dan cara-cara membuat resepi ini.

Bahan-Bahan:

Marjerin atau butter 170gm
Gula aising 50gm
Telur Gred C 1 biji
Tepung gandum 290gm
Esen vanilla 1 sudu kecil


Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula.
2. Masukkan telur dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
5. Kemudian uli bulat kecil dan tekan dalam acuan tart.
6. Bakar pada suhu 170 C selama 20-25 minit.


Cream Cheese :

1. 250gm cream cheese
2. 50gm gula kastor
3. 1 biji telur
4. ½ sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla putar semula. Tapi jangan terlalu lama ya.
3. Kemudian bole dimasukkan ke dalam acuan tart dan bakar semula pada suhu 170 C selama 5 minit. (Tip dari Kak Azlita sentuh bahagian atas tart sekiranya melekat lagi pada jari maknanya belum masak la.


Begitu la caranye, mudahkan. Atas tart bolehlah di hias seperti saya tu yang tiru org jugak.

Terima kasih kepada penyumbang resepi ini : www.azlitamasammanis.com



Saturday, September 13, 2014

Si Hijau Ketayap Kelapa


Salam semua, dah lama sangat tak blogging. Sekarang dah start gedik balik nak blog. Terkesima dengan blog-blog orang lain.
Hari ni tak da lain just nak update aktiviti masak-masak kecil kecilan.

Dengan rajin dan tak pernah mencuba jadi la resepi kuih ketayap yang dipengaruhi oleh Abg Mat, Kalau nak resepi lanjut boleh runjuk sini k @DapurTanpaSempadan


Bahan Inti Kelapa :
3 cawan kelapa parut (Guna Kelapa Muda Sikit)
1/2 cawan gula merah
1/3 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut)
1 helai daun pandan, disimpul

Bahan Kuih :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 1/3 cawan air*
2 helai daun pandan, potong kecil*(*kisar dan tapis)
Beberapa titik pewarna hijau
Sedikit garam
2 camca besar minyak masak



Selamat mencuba =)