share

Tuesday, September 30, 2014

Blueberry Cheese Tart

Salam semua,

Blueberry Cheese Tart !!!

Selamat petang, nak share resepi blueberry cheese tart hari ni. Resepi ni buat waktu cuti hari ahad hari tu. Memuhi masa lapang duduk di rumah bujang.

Mudah, senang dan sedap sangat. Di sini kita kongsi resepi dan cara-cara membuat resepi ini.

Bahan-Bahan:

Marjerin atau butter 170gm
Gula aising 50gm
Telur Gred C 1 biji
Tepung gandum 290gm
Esen vanilla 1 sudu kecil


Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula.
2. Masukkan telur dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
5. Kemudian uli bulat kecil dan tekan dalam acuan tart.
6. Bakar pada suhu 170 C selama 20-25 minit.


Cream Cheese :

1. 250gm cream cheese
2. 50gm gula kastor
3. 1 biji telur
4. ½ sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla putar semula. Tapi jangan terlalu lama ya.
3. Kemudian bole dimasukkan ke dalam acuan tart dan bakar semula pada suhu 170 C selama 5 minit. (Tip dari Kak Azlita sentuh bahagian atas tart sekiranya melekat lagi pada jari maknanya belum masak la.


Begitu la caranye, mudahkan. Atas tart bolehlah di hias seperti saya tu yang tiru org jugak.

Terima kasih kepada penyumbang resepi ini : www.azlitamasammanis.com



Saturday, September 13, 2014

Si Hijau Ketayap Kelapa


Salam semua, dah lama sangat tak blogging. Sekarang dah start gedik balik nak blog. Terkesima dengan blog-blog orang lain.
Hari ni tak da lain just nak update aktiviti masak-masak kecil kecilan.

Dengan rajin dan tak pernah mencuba jadi la resepi kuih ketayap yang dipengaruhi oleh Abg Mat, Kalau nak resepi lanjut boleh runjuk sini k @DapurTanpaSempadan


Bahan Inti Kelapa :
3 cawan kelapa parut (Guna Kelapa Muda Sikit)
1/2 cawan gula merah
1/3 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut)
1 helai daun pandan, disimpul

Bahan Kuih :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 1/3 cawan air*
2 helai daun pandan, potong kecil*(*kisar dan tapis)
Beberapa titik pewarna hijau
Sedikit garam
2 camca besar minyak masak



Selamat mencuba =)

Friday, November 23, 2012

Cake Batiku Marrie


Jom buat simple resepi ni..sangat2 senang.

bahan-bahan

1. Biskut marrie 1 paket(350g)
2. Susu pekat manis 1 tin
3. milo 1 cawan
4. Butter 125g

Cara-caranye

1. cairkan butter.
2. dalam bekas yang lain gaulkan susu dan milo sehinggalah sebati.
3. selepas itu masukkan ke dalam kuali bersama dengan butter yang telah cair.
4. Gaul rata sehingga pekat dan sebati.
5. langkah seterusnya masukkan biskut marrie yang telah dipatah 2.
6. Selesai sudah, cuma masukkan kedalam bekas yang sesuai dan tekan padat.
7. simpan di dalam peti sejuk sehingga keras.
8. kemudian boleh bancuh air teh untuk makan..hehe. boleh potong dan makan.

Selamat mencuba, menu malas saya ni.

Sunday, November 11, 2012

sakit kepala yang boleh menyebabkan LETUPAN


Sangat penting untuk kita menjaga kesihatan, namun kadang-kadang keadaan membuatkan kita terpaksa berkorban untuk tidak memikirkan tentang kesihatan kita. Berapa ramai diluar sane yang terpaksa berkorban kesihatan mereka demi sebuah kehidupan yang sempurna.

Hari ini saya nak bercerita tentang keadaan di mana kurang rehat, kurang tido, stress boleh megundang kepada sakit kepala yang melampau. INI SERIUS.

APE ITU MIGRAINE ???

Migrain satu sakit yang boleh dikategorikan sebagai kesakitan yang teruk, sakit kepala yang mempunyai keadaan-keadaan seperti berikut : kesakitan yang didahului dengan tiba mata berpinar dan kelihatan cahaya, blind spots, rasa mencucuk di tangan dan kaki, loya, muntah, dan peningkatan sensitiviti kepada cahaya dan bunyi. Kesakitan yang kita rasai sehingga berjam-jam atau seharian jika tidak mendapat rawatan.

APE YANG TERJADI DALAM KEPALA ?

Sakit kepala migrain terhasil daripada gabungan pembesaran saluran darah dan pelepasan bahan kimia daripada gentian saraf yang melilit saluran darah. Semasa sakit kepala, membesarkan arteri yang terletak di luar tengkorak hanya di bawah kulit kuil (arteri temporal). Ini menyebabkan pembebasan bahan kimia yang menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri.


APE YANG MENYEBABKAN MIGRAIN ??

Sesetengah orang yang pernah mengalami migrain akan tahu ape punca kepada sakit yang mereka hadapi, tapi ada juga yang tidak tahu. Antara punca kepada migrain :


1. Alahan dan reaksi alahan

2. Lampu terang, bunyi kuat, dan bau tertentu atau minyak wangi

3. Tekanan fizikal atau emosi

4. Perubahan dalam corak tidur atau tidur tidak teratur

5. Merokok atau pendedahan kepada asap

6. skip makan atau berpuasa

7. alkohol

8. Turun naik kitaran haid, pil kawalan kelahiran, turun
naik hormon semasa bermulanya menopaus

9. Tension headaches

10. Makanan yang mengandungi tyramine (wain merah, keju tua, ikan salai, hati
ayam, pokok ara, dan beberapa biji), monosodium glutamat (MSG), atau nitrat.


11. Makanan yang lain seperti coklat, kacang, mentega kacang, alpukat, pisang,
limau, bawang, produk tenusu, dan ditapai atau jeruk makanan.

--->>> Triggers do not always cause migraines, and avoiding triggers does not always
prevent migraines..


Apa yang saya kongsikan hari ini adalah tentang apa yang saya rasa ketika pertama kali merasai migrain..kesakitan yang teramat sangat sehingga perlu mendapatkan suntikan. Jadi bagi anda sentiasa lah menjaga kesihatan dan berhati-hati selalu dengan pemakanan yang diambil dan yang paling penting jangan STRESS OK.



Sources of information :http://www.medicalnewstoday.com/articles/148373.php






Thursday, November 8, 2012

Top Carrot Cake

Assalamualaikum,

Sharing today Resepi Carrot cake, rugi kalau anda tak cuba simple dan sedap =)


Egg 4 biji
Brown sugar 300 gm
Oil 240 ml
Flour 280 gm
Baking soda 1tsp
Baking powder 1 ½ tsp
Salt 1/2tsp
Cinnamon powder 1 ½ tsp
Carrot(fine julienne) 340gm
Walnut( roughly chopped) 110 gm

*shift together flour,baking soda,baking powder , salt,cinamon powder
-
Method :
1. Beat Egg and brown sugar well
2. Add oil, add the flour except carrot
3. Mix carrot (use wooden spoon) and add walnuts.
4. Bake at 180°C, 40-45 minit.

Topping:
250g butter, 250g cream cheese, 1 cup icing sugar


Selamat mencuba semua, ni resepi wajib hari raya =)

Monday, July 23, 2012

kita tension perut stress


Fungsi sistem penghadaman kita adalah untuk memecahkan makanan melalui proses fizikal dan kimia yang kompleks supaya ia makanan boleh diserap ke dalam aliran darah sebagai nutrien dan digunakan untuk menjana tenaga. Sistem pencernaan kita semua termasuklah mulut dengan kelenjar air liur, esofagus, perut, hati, pundi hempedu, pankreas, dan usus kecil dan besar termasuk kolon.

Proses pencernaan mudah dipengaruhi oleh keadaan emosi kita, dalam tekanan tertentu, dan juga disebabkan oleh kelajuan kita makan, diet kita, kualiti makanan yang kita ambil dan persekitaran kimia sistem pencernaan kita.

Tekanan pencernaan atau DIGESTIVE STRESS adalah istilah yang selalu digunakan. Bila lebih tinggi tahap tekanan atau stress kita, sistem penghadaman akan menjadi lebih berasid, dan menyebabkan kurang cekap badan kita dapat memecahkan makanan dan menyerap nutrien. Kita sering mengambil makanan berkualiti rendah, yang mudah dan cepat serta lebih cenderung kepada makanan yang diproses, terutama apabila kita tertekan dan sibuk atau nak cepat, dan kadang-kadang kita makan dengan cepat dan dalam keadaan yang kelang kabut. Maka hasilnya, kuantiti nutrien yang baik dan bernilai tinggi yang masuk ke dalam aliran darah untuk menjana sel-sel berkurangan. Ini akan menambah tekanan dalam badan dan menyebabkan kurang tenaga dihasilkan. Oleh itu badan kita pun tidak dapat berfungsi dengan baik.


rujukan : how different body systems work, fitness for life manual, Matt Roberts, 2002.
Gambar :
1.http://valerietonnerhealthcoach.blogspot.com/2010/10/nutrition-importance-of-digestive.html
2.

Juga Ikatan Hati


Assalamualaikum,
jumpa lagi kita hari ini bercerita tentang ikatan silaturahim. Berikut adalah perkara-perkara yang boleh menguatkan ukhwah islamiah berdasarkan panduan Rasullulah:

1. Memberitahu kepada sahabat bahawa tujuan ikatan persahabatan adalah kerana Allah:
Anas bin Malik r.a.meriwayatkan, "Ada seorang lelaki berada disamping Nabi s.a.w. lalu salah seorang sahabat lalu dihadapannya. Lalu dia berkata. "Ya Rasullulah! Aku suka kepada lelaki itu." Nabi s.a.w. bertanya kepadanya, "Adakah kamu telah memberitahu kepadanya?" Dia menjawab "Tidak." Kemudian Rasulullah bersabda,"Beritahu kepadanya." Lantas lelaki tersebut bertemu dengan sahabatnya seraya berkata, "sesungguhnya aku menyukaimu kerana Allah." kemudian sahabatnya menjawab,"semoga Allah mencitaimu kerana engkau mencintaiku kerana-Nya." (Riwayat Abu Daud).

2. Saling mendoakan sahabat tanpa pengetahuannya:
Abu ad-Darda' r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasullulah s.a.w bersabda,"sesiapa yang mendoakan saudaranya ketika ketiadaannya, maka malaikat yang menjadi wakil untuknya akan berkata. "Amin! Engkau juga wahai yang berdoa mendapat seperti apa yang didoakan."(Riwayat Muslim).

3. Menunjukkan kegembiraan dan senyuman apabila berjumpa:

Abu Zar al-Ghafari r.a. meriwayatkan, Nabi s.a.w. telah bersabda kepadaku. "Janganlah engkau meremehkan kebaikan, walaupun kamu berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang manis." (Riwayat Muslim).

4. Berjabat Tangan Apabila Berjumpa
Al-Bara' Bin 'Azib r.a. meriwayatkan, Rasullulah s.a.w. bersabda, "Tidaklah dua orang muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan kedua-duanya diampuni dosanya sebelum berpisah." (Riwayat Abu Daud).

5. Mengetahui nama ahli keluarganya.
Yazid bin Nu'amah adh-Dhabbi r.a. meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang lelaki menjadikan seorang lelaki sahabatnya, maka hendaklah bertanya tentang namanya, nama ayahnya dan siapakah dia. sesungguhnya ia (perbuatan tersebut) lebih mengeratkan kasih sayang." (Riwayat at-Termizi).

6. Memberikan hadiah pada waktu-waktu tertentu.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasullulah s.a.w bersabda, "Berikanlah hadiah nescaya kamu akan bertambah kasih sayang." (Riwayat al-Baihaqi)

Sekadar berkongsi dan mengigati diri ini juga. Hubungan silaturahim yang utuh mampu mampu memberikan kebaikan yang berpanjangan. Dan janganlah kita bersangka buruk terhadap sahabat kita malah bantu dan sama memperbetulkan kesalah masing-masing. Marilah kita bersama belajar daripada kesilapan dahulu =)

Sumber : Dipetik penuh daripada majalah GEN-Q (memberikan informasi terbaik untuk kita)