share

Monday, July 6, 2009

kembali ke blog

salam,....nk perah otak sekejap sebab tak tau nak cakap ape dah lame tak update blog ni. Bukanye tak nak update tapi before ni tranfer keje kat tempat lain so kalo nak memasak tu memang tak boleh le. Rumah tak da kelengkapan nak memasak (alasan je tu sbenarnye + malas skali). Penubuhan blog ni memang sebenarnye pasal masak-masak je tp sebab tak da ape yang nak update. Cerita je lah ape yang terbaru tentang diri ni.

cerita terbaru sekarang ni dah behenti kerja sbb nk menyambung study..Mula-mula confius gak sebab tak tau nk kerja atau kerja selepas berbincang dengan family. Parent pun cakap better sambung study dulu waktu sekarang ni. So, ikot je la pendapat family kan. Skarang ni dah start stdy pun baru first day masuk class.

Dah duk kat sini nak masak tu jauh sekali la.kalau duk kat lab pun masak untuk experiment je..hehe..pengubat rindu nak memasak ni duk melawat blog-blog je la :)

Ape-ape pun nak update sikit picture waktu convo ari tu ;)

Friday, February 27, 2009

Bahulu Santan



Bahulu santan dengar nama pun dah tahu ni resepi tradisional..hehe. ni resepi turun temurun dari opah saya. resepi wajib waktu hari raya mesti ada bahulu santan ni. kek ni tak guna butter or minyak. Ramai yang minat makan sebab tak berminyak sgt..kalo dulu2 opah masak guna dapur kayu je. letak dalam periuk kemudian atas tutup periuk tu letak bara sabut kelapa. Lg satu dulu tak da pandan paste mcm sekarang so opah campur daun santan dengan kelapa kemudian baru perah kelapa tu. dari situ dapat la santan yang dan siap dengan color and flavor.. Opah pun dah x da so skrg cucu dia plak yang mencube.selamat mencube :)

Bahan-bahan :

6 biji telur
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula
1 cawan santan pekat + pewarna hijau + pandan paste
2 sudu kecil baking powder

Cara-cara :

1) Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan putih macam buat bahulu jugak.
2) Ayak tepung bersama baking powder.
3) Masukkkan tepung kedalam bancuhan yg telah betul-betul kembang.
4) masukkan santan dan gaul sebati.
5) Bakar selama 45 minute atau sehingga masak. ( kalo x sure check dngan lidi sbb sy slalu buat mcm 2..hehe)

Monday, February 23, 2009

First Award









First sekali nk ucapkan bebanyak terima kasih kat pemberi award ni. award ni telah diturun kan oleh abg mat gebu...thank abg mat. Ni le first award saya, award berkembar terus..thank :)

Friday, January 16, 2009

Wedding Ceremony



saje nk cerite pengalaman ke pengkalan hulu weekend yg lepas..pegi kenduri rumah kawan kembar dia yang kawin..waktu ni dapat le jumpe kawan2 yang dah lame tak jumpe. ada yang dari perlis, johor dpt le jumpe dorg lepas ni tak tau le bile plak dapat jumpe semuanye jauh2 je..Bile kenduri ni la dapat makan lauk2 kenduri, dah lame tak makan nasi minyak and lauk-lauk kampung sekali dapat makan bertambah-tambah le..hehe.



ni picture dengan kawan saya and yang kawin tu kembar dia...muke dorg ni lebih kureng serupe la jgak kan.

Thursday, January 15, 2009

Traditional Cup Cake



Puteri Ayu atau traditional cup cake (padai2 je letak).Ni kuih kegemaran my mom, kuih yang tak susah sangat nak buat dan sedap dimakan..hehe. Kuih ni pagi tadi buat untuk tiga bancuhan sebab ada order dari kawan mak cik.

BAHAN-BAHAN :)

:) Tepung super fine 250g
;) Tepung naik sendiri 50g
:) Ovellate 1 sudu teh
;) Telur 3 biji
:) Gula castor 250g
;) Santan 125ml
;) Pandan paste 1 sudu teh (mngikut citarasa)
:) Kelapa parut 1 biji (plus sedikit tpung ubi dan garam)

CARA-CARA ;)

;) Pukul gula, telur, dan overllate sehingga betul-betul kembang.
:) Masukkan santan yang telah dicampur dengan pandan paste.
;) Masukkan pula tepung yang telah diayak.
:) Sediakan pengukus yang cukup panas agar kuih naik dengan elok.tutup pengukus haruslah di ikat dengan kain agar wap tak jatuh kat kuih kite.
;) Kukus selama 15-20 minute..lebih elok 20 minute.

SELAMAT MENCUBE :)