share

Friday, March 16, 2012

Apa itu Vitamin C, jom tahu secara ringkas !!


Vitamin C adalah vitamin larut air ataupun water soluble vitamin, yang bermaksud bahawa badan kita tidak menyimpannya. Kita perlu mendapatkannya daripada makanan, termasuk buah-buahan sitrus, brokoli dan tomato.

Anda nak tahu kenapa kita perlukan vitamin C ini ?? Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan kita. Vitamin C juga membantu badan membuat kolagen, protein penting yang digunakan untuk membuat kulit, rawan, tendon, ligamen, dan saluran darah. Vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka, dan untuk membaiki dan mengekalkan tulang dan gigi.

Vitamin C adalah antioksidan, bersama dengan vitamin E, beta-karotena, dan lain-lain nutrien berasaskan tumbuhan. Antioksidan menyekat sebahagian daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, bahan yang merosakkan DNA. Peningkatan radikal bebas dari semasa ke semasa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan dan menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser, penyakit jantung, dan artritis.

VITAMIN C BANYAK TERDAPAT DALAM BUAH-BUAHAN BERIKUT :



* oren,lada hijau, tembikai, betik, anggur, tembikai, strawberi, kiwi, mangga, brokoli, tomato, tauge, kubis bunga, kubis, dan jus atau jus sitrus yang diperkayakan dengan vitamin C. Sayur-sayuran berdaun (lobak hijau, bayam), merah dan lada hijau, tomato tin dan segar, kentang, raspberry, blueberry, cranberry, dan nanas juga merupakan sumber yang kaya vitamin C.

MAKLUMAT PENTING !!!

vitamin C adalah sensitif kepada cahaya, udara, dan haba, jadi kita ingin mendapat vitamin C yang paling tinggi jumlahnya kita perlu makan buah-buahan dan sayur-sayuran mentah atau dimasak ringan.

Thursday, March 15, 2012

Radiant C® Face Quencher Dapatkan Sekarang !!!

Salam Semua, bagi anda yang ingin kesegaran harian dengan vitamin c. Sangat mudah hanya dengan semburan.



Refreshing vitamin C spritz, for men and women, provides dry, water-starved skin with a cool, rejuvenating burst. Helps set makeup for longer wear.

Key Benefits

* Refresh tired-looking skin
* Get instant hydration and moisture
* Give your skin a cool antioxidant burst

Bagi yang berminat sila hubungi saya HANYA RM35 !!!
HUBUNGI SAYA SEGERA : 0133528409

Wednesday, March 14, 2012

Jom Sihat !!!!

Jom bersama-sama kita berkongsi untuk sihat...

Berkata-kata Tentang Makanan Kesihatan

Semua itu hak individu namun mereka berjaya kerana mahu.

Saya nak kongsi lagi dengan anda bagaimana mereka yang begitu gigih untuk hidup yang lebih sihat. Ramai teman-teman saya yang ingin mengurangkan berat badan untuk lebih sihat, namun mereka sekadar berkata-kata. Perbuatannya tiada, tapi saya tidak akan berputus asa untuk membantu mereka yang mahu meningkatkan kesihatan diri. Kurus bukan untuk cantik tapi untuk memastikan kita berada dalam berat atau BMI yang ideal. Ini dapat mengelakkan kita daripada tersangkut dengan pelbagai penyakit yang merbahayakan kesihatan kita. Ini saya nak share tentang mereka yang berani dan mendapat hasilnya. Loss weight !!!

Berminat sangat nak gain weight.

Secara jujur dulu saya memang seorang yang tegar nak menambahkan berat badan walau semua teman-teman pelik. Orang nak kurus, saya pula nak tambah berat badan. Saya rasa ramai juga yang di luar sana mempunyai cita-cita untuk meningkatkan berat badan namun tak berhasil. Namun di sini saya nak kongsi bersama bagaimana saya dan teman-teman di sini berjaya menambah berat badan mereka. Ayoh lihat testimoni ini.

Friday, March 9, 2012

Berat Malaysia semakin bertambah dan mungkin dunia juga ?? Biar betul..


Apa yang berlaku ini memang mengemparkan negara, mungkin ramai yang tak tahu negara kita dan dunia semakin berat sekarang ni. Mungkinkah kita akan tenggelam dalam lautan kerana semakin berat. Korang semua nak ke..Tapi sebelum tu jom kita tahu apa sebab negara semakin berat???

Kajian oleh WHO (World Health Organization)pada oktober 2009, mendapati lebih banyak punca kematian di seluruh dunia disebabkan oleh overweight dan obese daripada underweight. Terlalu ramai yang mati kerana terlebih berat badan dan obesiti ??? Statistik daripada WHO mengatakan 1.6 bilion orang overweight dan obese diseluruh dunia, dan lebih kurang 2.5milion mati disebabkan kegemukan setiap tahun. Paling mengejutkan lebih kurang 18milion kanak-kanak berumur dibawah umur 5 tahun adalah overweight..

Kajian :A national study on the prevalence of obesity among 16,127 Malaysians



Sumber :Lekhraj Rampal MBBS, MPH, DrPH1, Sanjay Rampal MBBS, MPH2, Geok Lin Khor PhD1,Azhar Md Zain MD, M Psych Med1, Shafie Bin Ooyub MBBS, MPH3, Ramlee Bin Rahmat MBBS, MPH3, Sirajoon Noor Ghani MBBS, MPH2 and Jayanthi Krishnan MBBS, MPH4.Asia Pac J Clin Nutr 2007;16 (3):561-566.


Lagi-lagi kajian berkenaan obesiti kat negara kita. Cuba kita juga mengkaji sejauh mana akan berlarutan dan bagaimana cara untuk kita mengatasinya.

Kajian :The nutrition and health transition in Malaysia




Sumber :Mohd Ismail Noor,Department of Nutrition and Dietetics, Universiti Kebangsaan Malaysia,Public Health Nutrition: 5(1A), 191–195




Betul kan kata saya Malaysia dan dunia dah semakin berat ..hehe..jgn marah. Ini cuma sedikit yang boleh saya kongsi, anda boleh tambah pengetahuan lagi dengan membaca article berkenaan dengan tajuk ni. Tapi ingat jaga kesihatan anda semua ye. Kepada kawan-kawan yang obese atau overweight jangan kecil hati dan takut anda perlu berusaha dan jangan duduk berdiam diri malu. Anda boleh, jika ada yang ingin membantu anda untuk lebih sihat. Berilah peluang untuk mereka membantu anda. Saya juga ada cara dan jika anda mahu berusaha bersama saya untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesihatan anda, hubungi saya k. SEDIA UNTUK MEMBANTU ANDA LEBIH SIHAT, MALAYSIA SIHAT, HUBUNGI SAYA. SAYA ADA CARA UNTUK ANDA LEBIH SIHAT.

Rujukan: Reader's Digest, February 2010.
Sumber gambar : Ikhlas dari pak cik google tiada kaitan dengan siapa-siapa ye.

Thursday, March 1, 2012

hey antioxidant, kill all the free radical !!! please !!


Salam semua, jom kita cerita lagi tentang makanan dan apa kandungan makanan kita. Pernah tak anda dengar dalam makanan itu terdapat free radikal. Contoh makanan yang megandungi free radikal ini adalah makanan yang dibakar contohnya sate dan ikan bakar.

Walaubagaimana pun, badan juga boleh menghasilkan free radikal atau radikal bebas ni. Macam mana ye??? Darah kita setiap saat mengalirkan oksigen ke sel-sel tubuh. Oksigen membantu sel mengubah nutrisi menjadi energi. Dalam kondisi normal, molekul-molekul di dalam sel memiliki pasangan elektron yang lengkap sehingga stabil. Ketika melakukan tindakbalas dengan oksigen, molekul itu teroksida sehingga kehilangan elektron. Molekul tidak stabil tersebut lalu berubah menjadi apa yang disebut radikal bebas. Jadi, radikal bebas adalah produk hasil metabolisme sel juga.

Bila dah wujud radikal bebas dalam badan, kita perlulah tahu juga cara-cara untuk menghilangkan nya. Mari kita ketahui pula apa iru antioksidan.Antioksidan menstabilkan radikal bebas, hasil sampingan proses penjanaan tenaga oleh badan kita, yang membahayakan. Radikal bebas boleh merosakan sel tubuh, membuat kolesterol LDL menjadi lebih teruk dan membuat kacau di merata tempat dalam tubuh kita. Tubuh kita tidak mengeluarkan antioksidan, ia memerlukan pelbagai jenis antioksidan yang terkandung dalam makanan untuk membantunya meneutralkan radikal bebas.

Penyakit akibat dari radikal bebas ;

Radikal bebas yang ada dalam badan kita akan menyebabkan penyakit berbahaya kepada kita. Radikal bebas yang berlebihan dapat menyebabkan penyakit jantung,infeksi, tumor dan kanser, penyakit mata (katarak dan glukoma), penyakit kulit (alergi dan dermatitis), dan lainnya serta mempercepat proses penuaan.

::Heart Disease::

Sumber:Antioxidant food supplements in human health edited by Lester Packer, Midori Hiramatsu, Toshikazu Yoshikawa. (1999).pg 49.

::Eye Disease::

Sumber :Antioxidant food supplements in human health edited by Lester Packer, Midori Hiramatsu, Toshikazu Yoshikawa.(1999).pg 50.

Buah-buahan yang megandungi antioksidan ;

Para penyelidek antarabangsa telah membuat kajian ke atas lebih dari 1,000 makanan untuk menentukan tahap kandungan antioksidan di dalamnya. Mendahului senarai ialah acaiberi, blueberi, blackberi, walnut, strawberi, cranberi, raspberi, elderberi, bunga cengkih kisar, delima dan anggur merah.

::Kurma::
Buah yang sangat kaya akan nutrisi baik. Buah kurma mengandung kalium (potassium), serat, kalsium, zat besi (Fe), vitamin: A, B2, dan B12, C, aspirin, salisilat, fosfor, sulfur, natrium (sodium), magnesium, cobalt, seng, fluorin, tembaga (Cu), mangaan, selulosa, dan karbohidrat (berupa glukosa dan fruktosa). Kandungan vitamin C-nya berperan sebagai antioksidan, yang pas jika Anda masukkan dalam daftar belanjaan Anda.

::Kismis::
kismis adalah dari anggur yang memang mengandung zat antioksidan yang tinggi.

::strawberry::
Buah Strawberry sangat baik untuk kesehatan.Strawberry mengandung Vitamin K, mangan, Folic acid, potasium, Riboflavin, Vitamin B5, Vitamin B6, magnesium dan omega-3. Dan tak ketinggalan, ia mengandung zat antioksidan yang membuat buah ini berwarna merah.

Selain buah-buahan di atas ulam-ulaman dan buah-buahan tempatan di negara kita juga kaya dengan antioksidan yang tinggi. Jadi ambil buah-buahan, ulam-ulaman serta sayur-sayuran setiap hari bagi mengimbangi nutrisi harian kita =)

Sumber;
1. Majalah Kesihatan, Apakah itu antioksidan.
2. Harvard Heart Letter/Premium Health News Service/TMS, Antioksidan dan kesihatan anda.
3. Metrotvnews,Sepuluh Buah Antioksidan Terbaik,Lifestyl,Sabtu, 1 Mei 2010.
4. Antioxidant food supplements in human health edited by Lester Packer, Midori Hiramatsu, Toshikazu Yoshikawa.(1999).pg 50.