share

Wednesday, February 29, 2012

badan kita adalah rumah tenaga utama ??


Salam, hari ni saya nak kongsi tentang rumah tenaga..ehehe. sebenarnya saya nak kongsi tentang kalori harian kita yang menjadi sumber harian untuk menghasilkan tenaga.

Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Kenapa badan memerlukan kalori?
Badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Bagaimana nak kira kalori?
Selalunya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.


Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.



Berapakah kalori yang diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Berapa kalori dalam makanan kita?

Kategori: Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori


Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori


Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori


Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


kategori : minuman


1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.


Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).


Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!


Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8) Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori

Sumber : pmr.penerangan.gov.my

Friday, February 24, 2012

VISCERAL FAT: Mati la saya



APA ITU VISERAL FAT YANG BOLEH BAWA KEPADA KEMATIAN?

Lemak viseral adalah lemak yang meliputi organ-organ dalaman badan kita. Lemak viseral ni memegang organ kita seperti ular yang boleh menyebabkan ganguan kepada fungsi sesuatu organ itu.

Lemak Viseral yang tinggi boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, strok, kolesterol tinggi, kanser usus, kanser prostat dan juga lemah tenaga batin.

Lemak viseral tidak boleh dibuang dengan hanya senaman, tetapi dengan pengambilan nutrisi selular dan juga diet harian yang seimbang. Di sini saya nak kongsi bersama dari bacaan saya tentang viseral fat.


Sumber: Clinical Obesity in Adults and children, By Peter G. Kopelman, Ian D. Caterson, William H. Dietz. Chapter 15, page 201.


Sumber:Maximum Muscle, Minimum Fat: The Secret Science Behind Physical Transformation By Ori Hofmekler, Marty Gallagher.(2005).page 108.

CARA NAK MENGELAK DAN MENGURANGKAN VISERAL FAT !!!

1. Ambil nutrisi yang seimbang setiap hari.
2. Banyakkan senaman kardio atau bererobik.
3. Kurangkan makan makanan berlemak.
4. Tido awal.
-> pelbagai cara lagi anda boleh baca dalam article di bawah:


Sumber:Best Life, Oct 2006.pg 90.

Sangat bahaya viseral fat ni, dan tak ramai yang tahu. Walaupun badan kita kurus kita juga mungkin mempunyai viseral fat. Ok lah, sebarang info tentang kesihatan saya akan kongsi dengan anda. Harapan saya anda dapat ilmu dan sebarkan juga ok. Just share link ini kepada rakan-rakan "Tahu dan sampaikan". Membantu orang untuk sihat itu impian saya. Assalamualaikum =)

note:Sumber gambar : dari pak cik saya, Mr.Google.

Thursday, February 23, 2012

Saya sangat suka pisang..huhu !!!



Salam teman-temanku,

Jom bersama kita sihat. Hari ni saya nak share dengan anda semua tentang kebaikan buat pisang. KIta makan dan kita tahu apa yang kita makan, betul tak. "Makan dan Tahu" =)

PISANG ADALAH MAKANAN KESIHATAN SEMULAJADI


-> Pisang adalah makanan terbaik untuk ahli sukan. Ia sangat baik untuk ahli sukan yang mengalami masalah cramps, mereka perlu mengambil pisang sebagai diet mereka. Paling menarik pisang mempunyai 5 kali lebih banyak potassium daripada buat epal.

-> Mempunyai Protein yang sama banyak dengan oren dan 3 kali lebih tinggi kandungan protein daripada buah epal.

LAGI KEBAIKAN PISANG

-> Boleh merendahkan risiko tekanan darah tinggi dan juga stroke.
-> Tinggi kandungan kalori dan free dari kolestrol. Gula atau kabohidrat dalam menyumbang kepada kalori yang tinggi di dalam buah pisang.

KANDUNGAN PROTEIN DALAM PISANG


-> Amino acid histidine dalam pisang yang terkandung banyak dalam haemoglobin boleh digunakan untuk merawat rheumatoid arthritis, allergic (alahan), ulser dan juga anaemia. Kekurang histidine ini akan menyebabkan masalah pendegaran.

-> Phenylalanine, amino acid yang diperlukan oleh otak untuk membuatkan kita repond dan alert.

-> Arginine pula dapat membantu meningkatkan tindakbalas immmune sistem dan penyembuh luka.

-> Tryptophan, relaxant semulajadi yang membantu untuk mengurangkan kebimbangan, dan kemurungan. Dan membantu tido yang lebih baik.

-> Aspartic acid, boleh meningkatkan ketahanan daripada letih dan dan meningkatkan ketahanan seseorang.

Itu dia serba sedikit tentang kebaikan buah pisang ni. Sebenarnya banyak lagi kaloo anda ingin tau. Baik untuk kulit, tinggi juga dengan antioxidant. Baik untuk peredaran darah dan juga sistem penghadaman kita. So ape lagi jangan lepaskan peluang anda untuk segala kebaikan ni.



Cepat-cepat pegi beli pisang. Harga pun tak mahal, boleh dapat dalam Rm3 ke Rm4 seikat. Dari kita makan buah-buahan yang di import tu. Disalut pulak dengan bahan kimia untuk bagi tahan lama. Lebih baik makan pisang, no chemical siap dilindungi dengan kulit dia sendiri untuk mengelakkan daripada sebarang contamination.

Sebarang informasi tambahan harapnya dapat dikongsi bersama ok, SELAMAT BERPISANG YE TEMAN-TEMAN.

Sumber Rujukan :Chia,J.S (2007), What's in your food.

Wednesday, February 22, 2012

Gain weight challenge and unexpected result !!



Salam luar biasa hebat =)

Ramai orang cakap sangat senang nak tambahkan berat badan. Dulu berat saya cuma 44.8kg dengan ketinggian saya ni memang berada dalam paras underweight. Cukup susah untuk tambah berat badan walaupun saya sangat kuat makan. Ramai orang cakap metabolism saya ni tinggi sebab tu susah nak naikkan berat badan. Ok, alasan yang boleh diterima. Dulu setiap kali makan banyak kawan-kawan mesti perli makan banyak tapi badan tak besar. Adus kecik hati..haha..tak da la.

Saya ni jenis yang suka jugak mencuba product, weight gain la, vitamin la. Tapi badan sama jugak. Dalam masa yang sama saya ni ada gastrik yang agak serius la sampai nak kene ambil ubat. Lagi satu masalah saya adalah kurang berpeluh. Aktif macam mane pun, pergi jogging 5 atau 6 round kat stadium pun susah nak keluar peluh.

Tapi sekarang, gastrik tak da, berjalan sikit pun dah berpeluh..yang paling hebat berat saya dah naik. Alhamdulilah. Sekarang BMI saya normal 21 =)

Berkat minum nutrisi yang baik. 10 hari pertama saya dah naik 1.4kg, dan berat saya sekarang 51.6kg .Ini bukan suatu yang mudah bagi saya. Terima kasih untuk kawan saya yang sungguh-sungguh untuk saya try product Herbalife.kalo anda nak cuba, nak lebih sihat boleh hubungi saya. saya sedia membantu. Thank =)

Tahu ke berape kalori yang kita perlu dalam sehari?

Assalamulaikum teman-teman, luar biasa hebat hari ini =)

Hari ini saya nak kongsi lagi tentang sambungan kepada BMI. Tapi kali ini saya nak kaitkan dengan BMI dan juga kalori. Tak ramai yang tahu berapakah kalori yang mereka perlukan sehari bagi menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh badan. Jom kita kongsi bersama.

Anda tahu apa itu BMR atau Basal Metabolic Rate ?

BMR adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengimbangi fungsi badan kita. Dengan BMR ni kita boleh ketahui berapakan kalori yang kita perlukan dalam sehari. Namun BMR setiap manusia bergantung kepada kehidupan seseorang. BMR seseorang berubah mengikut umur, berat, tinggi, jantina, diet dan juga exercise nyang dilakukan.

Cara Mengira BMR :

Wanita
BMR = 655+[9.6 x berat(kg)]+[1.8 x Tinggi(cm)]-[4.7 x Umur (tahun)]

Lelaki
BMR = 66+[13.7 x berat(kg)]+[5 x Tinggi(cm)]-[6.8 x Umur (tahun)]

Daripada BMR ini kita perlu kaikan dengan kehidupan atau aktiviti harian kita dengan berpandukan Harris Benedict Formula. Anda boleh rujuk seperti di bawah.

Faktor:

1. Sendentary (sikit @ tiada senaman ): kiraan kalori = BMR x 1.2
2. Light (senaman ringan/sukan 1-3 kali sehari/seminggu): kalori = BMR x 1.375
3. Moderately active(senaman yg sederhana 3-5 hari/minggu) ckalori = BMR x 1.55
4. Very Active (kuat senaman/sukan 6-7 hari/minggu) kalori= BMR x 1.725
5. Extra active (sangat kuat senaman/sukan dan sangat aktif) kalori = BMR x 1.9

Contoh :

Nama: Husin
Umur : 23 tahun
Berat : 51kg
Tinggi : 160cm
Gaya hidup : Bersukan 3 kali seminggu.

Lelaki
BMR = 66+[13.7 x 51(kg)]+[5 x 160(cm)]-[6.8 x 23(tahun)]
= 1408.7

kiraan kalori = 1408 x 1.55
= 2183.49

Anda boleh kira kalori yang anda perlukan setiap hari. Sekadar perkongsian. Jika ada salah silap. Harap dapat dkongsikan bersama. k jumpa lagi di post yang lain =)

Monday, February 20, 2012

How to Calculate BMI ?

BMI or Body Mass Index

Kegunaan BMI ini adalah untuk mngetahui kadar berat badan kita adakah bersesuaian dengan ketinggian kita, agar kita berada dalam keadaan yang seimbang atau normal.

Macam mana nak kira?

BMI = berat(kg)/tinggixtinggi

Rujukan ->
Underweight = 16.0-18.5
Normal = 18.5-25.0
Overweight = 25.0-30.0
Obese I = 30.0-35.0
Obese II = 35.0-40.0
Obese III = > 40.0

Kalo nak tahu kat mane BMI kita ape kata cepat-cepat kira sekarang, dan ambil langkah segera jika BMI kita tidak normal dan berada dalam situasi yang membimbangkan. Ye la bila BMI tak normal ni mungkin kita berada dalam keadaan yang tidak sihat dan mudah untuk mendapat pelbagai penyakit yang bahaya contohnya kencing manis. Jom sama-sama kita jaga pemakanan.

Nanti saya nak kongsi pula berkenaan dengan BMR atau Basal metabolic Rate, untuk mengetahui berapakah kalori yang kita perlukan dalam sehari =)

Wednesday, February 15, 2012

A cup of tea


Salam semua, selamat petang. Mesti ada yang sedang membancuh teh sekarang ni. Ello peminat-peminat teh. Kalo dah suka tu pagi petang, siang malam teh je la ye mak jah..hehe.

Sebenarnya bagus minum teh ni, minum teh ni dapat mengelak kita daripada mendapat penyakit darah tinggi, penyakit jantung, merendahkan kandungan kolestrol dan menentang kanser.

Tetapi AWAS !!
Banyak perkara yang perlu kita ketahui sebelum menikmati teh yang sihat untuk kesihatan kita.

Perkara utama, jenis teh yang kita minum. Agak-agaknya apakah teh yang anda minum sekarang ni. Teh ni ada pelbagai jenis, antaranya teh hijau (green tea), orloong tea dan black tea. Terdapat juga white tea yang harganya agak mahal kerana kualati teh tersebut serta teh yang diambil dari pucuk tea yang muda dan megandungi kurang caffeine.

Kedua, cara pembuatan teh. Kadang-kadang kita hentam je kan nak buat teh ni,yang penting teh kita sedap. Untuk mendapat teh yang hebat dan berkhasiat, rendam teh jangan terlalu lama. Antara 2 atau 5 minit sudah cukup. Ini untuk mengelakkan pengurangan kandungan polyphenol atau antioxidant yang terdapat dalam teh tersebut.

Ok lah, serba sedikit kita kongsi tentang kebaikan teh ni, kalo kawan-kawan ada sebarang info ape kata kita kongsi sama-sama. ok jumpa lagi =)

:F:R:I:E:N:D:S:

i spent most of my day to thing about people in my life..and sometime i'dont have time to thing about myself. they r part of my life everyday. make my whole life complete and teach everything in the world.advice me when im in bad situation and give me respect when i want my privacy..

friends..but something u have to know that im always care and thing about u. even the whole world hate you but i have my own reason to protect u from anything..i know that all of us have different thingking and condition..behavior that make we cannot unite in every thing..

but LOVE will connect us and build bonding between us..

i can write a thick of book just about u and tell world about u because u r special, cause i call u - FRIENDS -.

Monday, February 13, 2012

blogging make me happy =)

walking around to find new thing in our life. survive in the middle of crowded people and try to find way of life to achive what we want. success is what all people want and the efforts will give experince and knowledge.

today i'm getting mood to post something in my blog and i thing it will give me freedom and happy. here i write my story and my journey of life..

Saya dan Herbalife

Selama menyepi daku kembali..ehhwah. Salam teman2, hari ni saya nak share cerita saya bersama dengan myLOVE "HERBALIFE". Merungkai kisah saya dan Herbalife ni bermula daripada kawan saya yang sgt berusaha untuk saya gain weight. Maklum la saya ni kerempeng kering. tulang bedulang je..haha. Sebelum bertemu dgn my love "HERBALIFE". Saya banyak juga mencuba produk-produk kesihatan lain. Weight gain la, vitamin la..macam-macam la..sebab nak naik kan berat badan sahaja. Letih...

Jawapan kepada masalah ni adalah my love "HERBALIFE", skrg tak ada masalah gastrik lagi. boleh aktif dan bersemangat. Tunggu cerita menarik saya bersama my love "HERBALIFE".

Dulu-dulu:



Sekarang ni: