share

Friday, February 27, 2009

Bahulu Santan



Bahulu santan dengar nama pun dah tahu ni resepi tradisional..hehe. ni resepi turun temurun dari opah saya. resepi wajib waktu hari raya mesti ada bahulu santan ni. kek ni tak guna butter or minyak. Ramai yang minat makan sebab tak berminyak sgt..kalo dulu2 opah masak guna dapur kayu je. letak dalam periuk kemudian atas tutup periuk tu letak bara sabut kelapa. Lg satu dulu tak da pandan paste mcm sekarang so opah campur daun santan dengan kelapa kemudian baru perah kelapa tu. dari situ dapat la santan yang dan siap dengan color and flavor.. Opah pun dah x da so skrg cucu dia plak yang mencube.selamat mencube :)

Bahan-bahan :

6 biji telur
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula
1 cawan santan pekat + pewarna hijau + pandan paste
2 sudu kecil baking powder

Cara-cara :

1) Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan putih macam buat bahulu jugak.
2) Ayak tepung bersama baking powder.
3) Masukkkan tepung kedalam bancuhan yg telah betul-betul kembang.
4) masukkan santan dan gaul sebati.
5) Bakar selama 45 minute atau sehingga masak. ( kalo x sure check dngan lidi sbb sy slalu buat mcm 2..hehe)

2 comments:

Kay Faizal said...

amboi, macam sedap je resipi ni. ni yang teruja nak cube nih. :D

budakecik said...

tak sangka brjumpe kat sni..hehe. try le resipi ni mmg x nyesal..resepi lame ni..hehe. thank sbb sudi dtg blog ni :)